Hari demi hari, kami telah mendapat banyak permintaan daripada ramai orang yang mahukan lebih informasi berkenaan BitClub Network dan model operasinya. Adalah tidak mengejutkan apabila teknologi baru mampu mewujudkan satu kaedah baru untuk melakukan sesuatu, dan BitClub Network telah keluar daripada kebiasaan bisnes konvensional kepada satu model bisnes unik yang mempelopori industri perlombongan bitcoin dunia.

Berikut ialah beberapa soalan lazim yang kami terima, dan kami sediakan lebih banyak informasi terperinci untuk memberi manfaat kepada mereka yang ingin menyertai perlombongan bitcoin bersama komuniti yang mantap. Beberapa soalan di bawah ini mungkin sedikit advance, ianya hanya masuk akal apabila anda telah memulakan perlombongan bersama komuniti kami.

Salah satu fasiliti perlombongan BitClub Network terletak di Verne Global Data Centre, Reykjavik, Iceland.

SIAPAKAH BITCLUB NETWORK (BCN)?

BitClub Network tidak dimiliki oleh mana-mana individu atau entiti, BCN adalah pasukan pakar, usahawan, profesional, Network Marketer, dan programmer yang berkumpul bersama-sama untuk memulakan perniagaan yang sangat mudah di sebuah industri yang sangat kompleks. BCN menyediakan platform kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk terlibat dan mula melombong bitcoin, sejak dari Ogos 2014 lagi.  BCN adalah komuniti pelombong bitcoin secara crowdfunded yang terbesar di dunia hari ini, dengan perancangan yang teratur dan program untuk memastikan operasi melombong kekal mampan seiring dengan peningkatan hashrate yang berterusan.

DIMANAKAH BITCLUB NETWORK MENJALANKAN OPERASI PERLOMBONGAN BITCOIN?

BitClub Network mempunyai pusat perlombongan di beberapa lokasi di lima benua di seluruh dunia, tetapi pusat utama berada di Reykjavik, Iceland, kerana di sana menyediakan persekitaran yang sempurna untuk melakukan perlombongan bitcoin dalam skala yang besar. Dimana dan bagaimana melakukan perlombongan bitcoin adalah faktor yang sangat penting untuk dipertimbangkan bagi memastikan keuntungan. Perkara ini telah dijelaskan menerusi 5 Kelebihan Sertai Perlombongan Bitcoin Bersama BitClub Network.

KENAPA IANYA PENTING "DIMANA" DAN "BAGAIMANA" PERLOMBONGAN BITCOIN DILAKUKAN?

Perlombongan Bitcoin sangat berintensifkan sumber, memerlukan jumlah elektrik dan penyejukan yang tinggi kerana hardware perlombongan menjalankan hashrate yang tinggi, memakan banyak kuasa dan menghasilkan suhu panas dengan cepat semasa proses tersebut. Oleh kerana perlombongan bitcoin sebenarnya adalah perlumbaan kompetitif di antara semua pelombong di seluruh dunia, mempunyai hardware terpantas adalah satu kelebihan besar. Ini adalah faktor-faktor yang membuatkan perlombongan dari rumah tidak lagi relevan pada zaman sekarang. BitClub Network mengendalikan lombong mereka di Iceland atas beberapa sebab yang sangat baik dan penting. Iceland menawarkan 100% tenaga bersih dan boleh diperbaharui dengan menggunakan teknologi hidroelektrik dan geotermal semulajadi untuk mendapatkan tarif elektrik termurah di dunia. Ini menjimatkan kos elektrik, bermaksud lebih banyak bitcoin yang diperolehi daripada perlombongan dapat disimpan sebagai keuntungan. Iceland juga semulajadi bersuhu sejuk sepanjang tahun, yang bermaksud operasi tidak perlu bergantung kepada penghawa dingin dan perbelanjaan yang berkaitan, yang sekali lagi mengurangkan kos sehingga lebih banyak bitcoin yang diperoleh disimpan sebagai untung. Penggunaan tenaga bersih dan boleh diperbaharui dalam operasi perlombongan BitClub Network tidak mencemarkan udara, dan menyediakan kaedah yang sangat cekap dan hijau dalam perlombongan bitcoin. BitClub Network mengambil langkah proaktif untuk mempelopori teknologi hijau dalam perlombongan kerana mereka menjangkakan pada masa akan datang, jumlah tenaga elektrik yang digunakan dalam perlombongan akan keterlaluan kerana pertumbuhan berterusan rangkaian Bitcoin global.

APAKAH HARDWARE PERLOMBONGAN YANG DIGUNAKAN BITCLUB NETWORK?

Selain daripada faktor penggunaan tenaga dan keperluan penyejukan yang dibincangkan di atas, penggunaan hardware yang bersesuaian juga amat penting. Sama seperti menggunakan jentera terbesar dan terpantas dalam perlombongan bijih. Menggunakan hardware yang paling pantas dan paling efisien untuk melombong bitcoin adalah sangat-sangat penting. BitClub Network sentiasa menggunakan hardware perlombongan yang canggih dan kini menggunakan BitMain AntMiner S9 dalam operasi perlombongan mereka. Perkara istimewa mengenai BitClub Network ialah mereka tidak menunggu peralatan perlombongan menjadi outdated atau obsolete. Apabila model yang baru, lebih cepat dan lebih cekap berada di pasaran, hardware  versi lama sedia ada akan dijual dengan segera di pasaran second-hand ketika mereka masih mendapat harga yang baik. Wang tersebut kemudiannya dilaburkan semula ke dalam komuniti untuk membeli hardware baru tanpa perlu penambahan modal dari ahli. Praktis ini telah dilakukan sebelum ini dengan model lama sebelum S9. BitClub Network juga mempunyai perjanjian khas dengan pengeluar hardware perlombongan untuk memastikan mereka tidak menghadapi kekurangan bekalan hardware. Dengan menggunakan hardware perlombongan terkini, hashrate yang tinggi akan dikekalkan secara berterusan semasa operasi perlombongan dijalankan pada penggunaan kuasa paling rendah. Ini memastikan BitClub Network sentiasa berada di hadapan pesaing lain – ia merupakan pelan yang membezakan BCN dari perlombongan secara solo dan ini adalah kelebihan besar yang tidak boleh dipandang rendah.

APAKAH PULANGAN PELABURAN (ROI) YANG BOLEH DIANGGAR?

Untuk komoditi seperti bitcoin dan terutamanya dalam perlombongan bitcoin di mana difficulty level dan jumlah pelombong berubah sepanjang masa, untuk membuat anggaran mengenai ROI dalam perlombongan bitcoin adalah sangat sukar. ROI ditentukan oleh beberapa faktor – jumlah bitcoin yang dilombong dalam sesuatu masa, dan harga bitcoin pada ketika itu – kedua-duanya berubah setiap hari. Terdapat juga perubahan dalam difficulty level perlombongan dari masa ke masa, dan penukaran peratusan untuk pembelian semula syer oleh ahli. Berdasarkan rekod, tempoh balik modal (breakeven) biasanya di antara 12 ke 18 bulan, walaupun begitu ada juga sesetengah ahli telah balik modal seawal 6 bulan. Ia semua bergantung kepada harga bitcoin dan bila ia dijual. Hanya untuk memberi idea kepada anda, sebelum Halving Day pada bulan Julai 2016, pakej Founder Pool di BitClub Network kebanyakkannya memperoleh kira-kira 3 bitcoin setahun secara purata. Walaupun jumlah bekalan bitcoin berkurangan setiap 4 tahun secara kasarnya, nilai bitcoin itu sendiri secara umum meningkat berkali ganda dalam tempoh yang sama, menghasilkan keuntungan berkali ganda dalam pelaburan. Di BitClub Network, ahli diberi kawalan sepenuhnya tentang bagaimana mereka ingin memperuntukkan pendapatan harian mereka untuk membeli semula syer separa. Peratusan yang lebih tinggi boleh ditetapkan untuk pembelian balik syer separa, yang memberikan ahli bilangan syer yang lebih tinggi di dalam kolam (pool), yang membawa kepada pendapatan yang lebih tinggi sebaik sahaja peratusan ditetapkan semula kepada minimum. Perlombongan melalui komuniti seperti BitClub Network menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding perlombongan dari rumah, terutamanya selepas menolak pendapatan selama 24 jam/7 hari seminggu, kos penyelenggaraan dan kos penaiktarafan.

ADAKAH BITCLUB NETWORK SKIM PONZI/PIRAMID?

Tidak, BitClub Network bukanlah skim ponzi atau piramid, walaupun ia mungkin kelihatan begitu kepada mereka yang menemuinya buat kali pertama, atau kepada orang-orang yang tidak mempunyai pemahaman yang teliti mengenai latar belakang pelannya. Malah, apabila BitClub Network bermula, Roger Ver yang dunia kenali sebagai “Bitcoin Jesus” juga menyangka BitClub Network adalah skim piramid, membuatkan beliau mengeluarkan satu tweet untuk menyatakan bahawa beliau tidak pernah ada sebarang hubungan dengan komuniti BitClub Network. Walau bagaimanapun, selepas memahami secara lebih mendalam mengenai bagaimana BitClub Network beroperasi, beliau telah mengubah pendiriannya dan telah menghapuskan tweet tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam video ini.

Sebagai penjelasan, skim ponzi memerlukan suntikan dana berterusan dari ahli baru untuk memastikan operasi berjalan, dan biasanya menjanjikan pulangan yang tinggi hampir serta-merta atau dalam tempoh yang singkat. Skim Ponzi dan piramid kerap kali lingkup kerana organisasi mereka menjadi terlalu besar sedangkan tidak ada kemasukan dana daripada ahli-ahli baru yang menyertai untuk membolehkan pembayaran dibuat kepada ahli lama.

BitClub Network telah beroperasi sejak Ogos 2014 dan telah secara konsisten membayar bitcoin setiap hari kepada ahli-ahli komuniti sejak itu, sama ada mereka memperkenalkan ahli baru atau tidak. Ini adalah kerana BitClub Network tidak memerlukan dana dari keahlian baru untuk memastikan operasi perlombongan kekal mampan. Keuntungan dijana melalui aktiviti perlombongan sebenar, yang memastikan pembayaran pendapatan pasif yang mantap dan konsisten seperti yang telah terbukti sejak hampir 5 tahun lalu. BitClub Network juga menyediakan platform kepada ahli komuniti untuk mendapatkan komisen dan bonus jika mereka memperkenalkan kepada ahli baru sekiranya mereka mahu berbuat demikian.

Hakikatnya, walaupun sekiranya langsung tidak ada ahli baru yang menyertai BitClub Network hari ini atau bulan ini, akan terdapat lebih banyak bitcoin yang boleh diagihkan kepada ahli sedia ada berdasarkan syer masing-masing. Situasi ini sebenarnya langsung bertentangan dengan modus operandi skim ponzi atau piramid.

ADAKAH SISTEM PENAJAAN DI BITCLUB NETWORK DIPERLUKAN, DAN KENAPA?

Kebanyakan orang (seperti Roger Ver pernah lakukan) dan laman web membuat kesilapan menganggap ini sebagai skim piramid tanpa memahami bagaimana dan kenapa terdapat sistem penajaan di BitClub Network. Adalah penting untuk difahami bahawa dalam BitClub Network, ahli tidak perlu menaja untuk mendapatkan pembayaran dari hasil kolam perlombongan. Ahli boleh memilih sama ada untuk tidak melakukan apa-apa lagi, sambil berterusan menerima keuntungan dalam bitcoin untuk tahun-tahun yang akan datang. Ramai ahli yang telah menikmatinya selama lebih dari 4 tahun sekarang. Ini pada asasnya membuktikan BitClub Network bukan seperti skim ponzi atau piramid.

Sistem penajaan BitClub Network diwujudkan atas tiga sebab utama, yang pertama adalah untuk memenuhi keperluan para network marketer yang melihatnya sebagai suatu peluang membina perniagaan. Mereka yang menganjurkan seminar dan presentation hanya melakukannya dengan perbelanjaan mereka sendiri, dan komisen yang mereka terima daripada sistem penajaan dapat membantu untuk membayar masa mereka, tempahan dan sewa tempat, dan kos pengangkutan dan penginapan di mana kadang kala melibatkan perjalanan ke luar negara. BitClub Network bukanlah seperti syarikat lain yang mempunyai orang yang digajikan untuk bercakap bagi pihaknya, sebaliknya BitClub Network ialah sebuah komuniti pelombong bitcoin yang menentukan sendiri bagaimana cara mereka boleh menjadikan BitClub Network sebagai perniagaan.

Sebab kedua, yang perlu dilihat dari skop yang lebih luas, adalah berfungsi sebagai insentif untuk ahli-ahli sedia ada supaya bercakap tentang bitcoin kepada rakan-rakan dan kenalan mereka. Dengan menyediakan komisen penajaan bagi setiap ahli baru yang sertai, ahli komuniti lebih cenderung untuk menyebarkan pengetahuan mengenai bitcoin dan perlombongan bitcoin kepada orang lain. Ini berkesan membantu untuk mewujudkan kesedaran mengenai bitcoin di seluruh dunia, dan terutama sekali untuk mencapai sehingga ke ceruk dunia dimana bitcoin adalah sesuatu yang tidak pernah didengari di sana. Jadi, sambil komisen penajaan memberi faedah langsung kepada ahli, mereka juga secara tidak langsung membantu merangsang penyebaran idea bitcoin kepada khalayak yang lebih luas. Ini secara tidak langsung akan membantu menaikkan nilai bitcoin lebih tinggi untuk kepentingan semua pelabur bitcoin lain walaupun pelabur tersebut tidak berkaitan dengan BitClub Network, tetapi yang lebih penting, ia membantu mempromosikan bitcoin ke arah penggunaan yang lebih luas dan mudah untuk digunakan di arus perdana.

Akhir sekali, oleh kerana model bisnes BitClub Network ialah kolam perlombongan crowdfunded, peningkatan keahlian dapat membantu komuniti secara keseluruhan untuk terus membina hashrate yang lebih tinggi, sekaligus membantu BitClub Network untuk kekal relevan dalam industri perlombongan bitcoin, dan mencapai kedudukan yang lebih tinggi dalam ranking Global Hashrate Distribution. Ini adalah gambaran perspektif yang lebih besar di mana kebanyakan pengkritik dan pengguna bitcoin terlepas pandang misi BitClub Network ini.

BAGAIMANA SAYA MAHU TAHU ADAKAH BITCLUB NETWORK ADALAH SAH (LEGITIMATE) DAN BUKAN PENIPUAN (SCAM)

Adalah mudah bagi sesiapa sahaja untuk memeriksa sama ada operasi perlombongan tersebut sah atau tidak. Mana-mana entiti yang terlibat dalam perlombongan berskala besar sebenarnya akan tersenarai di carta Global Hashrate Distribution di www.blockchain.com/pools. Carta ini tersedia secara terbuka dan boleh diakses pada bila-bila masa, Ia menunjukkan Global Hashrate Distribution terkini dan ia dikemaskini setiap 10 minit. Mana-mana entiti yang tiba-tiba berhenti melakukan perlombongan akan segera hilang dari carta ini. BitClub Network secara konsisten sejak 4 tahun lalu berada di kelompok 10 teratas di dunia. Berbanding dengan syarikat konvensional yang diaudit setiap tahun atau setiap suku tahun, prestasi BitClub Network diukur setiap 10 minit dan dipamerkan di Global Hashrate Distribution untuk sesiapa sahaja melihatnya, Ini membuatkan operasi perlombongan BitClub Network adalah sangat telus.

BitClub Network juga disenaraikan sebagai salah satu operasi perlombongan terbesar di dunia di laman berita utama dunia seperti yang diberikan di sini.

Ahli-ahli juga dibenarkan untuk melawat dan memeriksa fasiliti perlombongannya di Iceland pada bila-bila masa selepas menerima surat kebenaran yang mengambil masa kira-kira 10 hari selepas permohonan. Kebenaran adalah diperlukan kerana fasiliti perlombongan tersebut beroperasi di bekas ruang fasiliti NATO yang dikawal rapi, dan dikongsi dengan beberapa Syarikat Fortune 500, iaitu di Pusat Data Global Verne di Iceland seperti ditunjukkan di bawah.

DENGAN PENINGKATAN BERTERUSAN DIFFICULTY LEVEL, BAGAIMANA BITCLUB NETWORK KEKAL RELEVAN DAN MENGUNTUNGKAN?

BitClub Network memahami bahawa satu-satunya cara untuk kekal relevan dan menguntungkan ialah melalui amalan perlombongan yang mampan, iaitu meningkatkan hashrate secara berterusan. Kebanyakan orang tersilap menganggap bahawa peningkatan berterusan dalam difficulty level akan menyebabkan hasil bitcoin yang dilombong akan berkurangan. Ia tidak semestinya berlaku sedemikian. Proses Halving yang berlaku setiap 4 tahun akan mengakibatkan pengurangan bitcoin baru yang dilepaskan ke peredaran (ini di luar kawalan pelombong), pelombong yang dapat mengekal dan meningkatkan hashrate mereka menjadi lebih tinggi, berkadaran dengan pelombong lain di seluruh dunia, akan berpeluang besar untuk melombong sebahagian besar bitcoin baru yang keluar tersebut. Oleh kerana difficulty level semakin meningkat tahun demi tahun, sesetengah pelombong akan tercicir daripada perlumbaan kerana ketidakupayaan untuk bersaing dengan global hashrate yang berkembang pesat. Pelombong baru mungkin akan muncul tetapi hanya dalam skala kecil sahaja. Pelombong yang mampu mengekalkan hashrate yang lebih besar daripada syarikat atau pelombong individu lain, akan berpeluang besar untuk melombong lebih banyak bitcoin, atau sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukannya dalam Global Hashrate Distribution dan tidak tercicir dari perlumbaan.

Jumlah keseluruhan hashrate BitClub Network adalah berdasarkan kepada jumlah hardware perlombongan yang dimiliki oleh ahli-ahli, dan hardware ini diuruskan oleh juruteknik pengeluar hardware sendiri. BitMain menjamin hashrate dan bukan sekadar hanya hardware, bermaksud jika berlaku penurunan hashrate yang disebabkan oleh kerosakan hardware, pengeluar akan segera menggunakan sumber tambahan untuk mengekalkan hashrate yang dijaminnya. Apa yang penting untuk ditegaskan di sini ialah, orang-orang yang melombong sendiri di rumah atau pada skala kecil, tidak mendapat kelebihan besar seperti ini.

Dengan perkembangan keahlian yang berterusan, BitClub Network mampu meningkatkan lagi hashrate untuk sentiasa kompetetif apabila difficulty level bertambah, seterusnya menuju ke arah menjadi Top 5 pelombong bitcoin terbesar dunia menjelang 2019.

ADAKAH SAYA PERLU MENGELUARKAN MODAL BERULANG KALI?

Setiap kontrak mempunyai tempoh selama 1,000 hari (hampir 3 tahun) perlombongan, hasil bitcoin yang dilombong akan tersedia secara serta merta di backoffice akaun BitClub  Network anda, dan sedia untuk dikeluarkan ke dompet bitcoin anda tanpa sebarang syarat matang atau sebagainya. Walau bagaimanapun, anda boleh menetapkan peratusan daripada hasil perlombongan anda untuk digunakan bagi pembelian syer separa secara automatik yang dikenali sebagai Repurchase. Setiap kolam yang anda sertai akan secara automatik membeli untuk anda syer separa tambahan apabila ia mencapai 5% daripada harga syer kolam tersebut. Ini memastikan kontrak anda terus berlangsungan melangkaui tempoh 1,000 hari pertama anda. Peratusan Repurchase tersebut digunakan untuk membayar pembelian/naiktaraf hardware ke versi baru sebaik sahaja ia tersedia di pasaran. Peratusan ini dikawal sepenuhnya oleh anda, anda boleh tetapkan antara 0% hingga 100% daripada hasil harian yang ingin diketepikan untuk kegunaan Repurchase. Menetapkan peratusan kepada 0% (tiada Repurchase) bermakna anda akan menerima keseluruhan pendapatan untuk hari ini, tetapi ini juga bermakna anda tidak akan membina syer separa tambahan yang boleh melanjutkan kontrak perlombongan anda melangkaui 1,000 hari. Ini mungkin sukar untuk difahami pada mulanya, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ianya suatu perancangan yang mantap untuk mengekalkan operasi perlombongan yang mampan dan memudahkan semua ahli komuniti. Ciri penting yang diilhamkan BitClub Network ini telah terbukti berjaya menjalankan operasi perlombongan bitcoin yang mampan dan masih berjalan lancar sehingga ke hari ini selepas lebih dari 4 tahun.

ADA JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN?

Tidak ada jaminan wang dikembalikan kerana pembayaran yang dibuat akan segera digunakan untuk membeli hardware perlombongan dari pengeluar. Oleh kerana pembelian hardware ini diperoleh daripada pihak ketiga, ia tidak boleh dikembalikan dan berada di luar kawalan BitClub Network. Walau bagaimanapun, apabila kontrak Founder Pool dibeli, anda akan memiliki hardware perlombongan anda sendiri yang akan dinomborkan secara individu. Sekiranya anda ingin menghentikan perlombongan, anda boleh mengemukakan permintaan dan hardware perlombongan anda akan ditanggal dari grid dan dihantar kepada anda. Anda boleh kemudiannya memilih sama ada untuk melombong dari rumah, atau menjual hardware perlombongan anda di pasaran second-hand. Setakat ini, walaupun ada diketahui terdapat ahli yang berhenti daripada perlombongan dan mendapat kembali hardware perlombongan mereka, namun adalah lebih bijak untuk membiarkan hardware anda bersama BitClub Network kerana ia akan terus melombong bitcoin untuk anda menikmati hasil bitcoin tersebut secara harian bertahun-tahun kerana tiada suntikan modal baru diperlukan lagi. Selain itu, sebarang penyelenggaraan dan kerosakan akan dikendalikan oleh juruteknik pengeluar, jadi anda tidak perlu bimbang tentang masalah downtime dan isu-isu teknikal yang lain.

HARGA BITCOIN DAH TERLALU TINGGI. ADAKAH MASIH BERBALOI UNTUK MELOMBONG?

Harga setiap kontrak perlombongan adalah tetap dalam US Dollar, dan ianya tidak bergantung kepada harga semasa bitcoin. Sebenarnya, dengan harga bitcoin yang meningkat tinggi hari ini, ia semakin berbaloi untuk meletakkan amaun yang sama ke dalam perlombongan daripada hanya membeli bitcoin. Keuntungan perlombongan anda juga adalah konsisten setiap hari dengan mungkin perbezaan peratusan yang kecil, bergantung kepada hashrate untuk hari tersebut, tertakluk kepada kesan yang disebabkan oleh peningkatan difficulty level dari masa ke masa. Objektifnya ialah untuk menggandakan pelaburan anda supaya pada akhir 1,000 hari anda akan berpotensi menggandakan sehingga 5, 7 atau 10 kali ganda nilai pelaburan anda.

TERBAIK! BAGAIMANA SAYA BOLEH MULA MELOMBONG BITCOIN BERSAMA BITCLUB NETWORK?

Langkah pertama adalah mendaftar sebagai ahli dengan membayar USD $99. Selepas menyertai sebagai ahli, anda boleh membeli syer perlombongan. Terdapat tiga syer perlombongan yang tersedia, masing-masing berharga USD $500 (Pool 1), USD $1,000 (Pool 2) dan USD $2,000 (Pool 3). Keuntungan dari setiap kolam berkadaran dengan harga kolam, iaitu kolam yang lebih besar membayar pendapatan harian yang lebih tinggi berbanding kolam yang lebih kecil. Pakej yang lengkap dikenali sebagai Founder Pool yang merupakan gabungan ketiga-tiga kolam (Pool 1,2&3) dengan harga USD $3,500. Founder Pool merupakan pakej yang biasanya disertai oleh kebanyakan ahli, selain daripada memiliki hardware perlombongan anda sendiri, anda juga akan dijemput sama untuk mengambil bahagian dalam pelbagai projek dan usaha-usaha baru BitClub Network. BitClub Network akan terus maju membuka peluang-peluang hebat kepada ahli terutamanya kepada ahli-ahli Founder Pool.

Untuk menyertai dan mula melombong bitcoin bersama BitClub Network, KLIK SINI

SHARE THIS POST
error: Content is protected !!