Seperti yang diketahui, cara-cara untuk mendapatkan bitcoin ada 2: melombong sendiri atau membeli bitcoin daripada orang lain. Membeli bitcoin terus daripada orang lain adalah perkara yang berisiko tinggi kerana 1) kemungkinan kena tipu (scam) dan 2) risiko membeli bitcoin pada harga tinggi dan bitcoin jatuh harga di saat kita cuba untuk jual.

Walau bagaimanapun, risiko melombong bitcoin secara peribadi pula adalah lebih berisiko daripada membeli terus daripada orang lain. Artikel ini membincangkan antara risiko dan masalah yang bakal dihadapi sekiranya melombong sendiri.

1) Kos Mesin

Kos mesin adalah perkara pertama yang perlu dihadapi oleh pelombong bitcoin. Untuk melombong bitcoin, mesin yang diperlukan adalah mesin yang boleh membuat hashing algorithm SHA-256, seperti mesin yang disenaraikan di bawah:

Seperti di gambarajah di atas, mesin melombong SHA-256 yang paling menguntungkan setakat ini adalah mesin ASICminer 8 Nano Pro, keluaran ASICminer boleh didapati dengan harga USD 9,500, atau lebih kurang RM40,000 dan hanya boleh mendatangkan keuntungan sekitar USD20 (RM80) sehari, tanpa mengambilkira kos elektrik, sewaan tempat dan internet. *Untuk artikel ini, kita akan gunakan data mesin ini sebagai baseline untuk pengiraan kita selanjutnya*.

Walaupun terdapat mesin lain yang boleh didapati dengan harga lebih murah, tapi efficiency mesin-mesin tersebut adalah rendah dan setelah menolak kos elektrik (sekitar USD0.10 per kWh), akan mendatangkan kerugian kepada pelombong-pelombong peribadi.

2) Kos Elektrik

Aktiviti melombong memerlukan tenaga elektrik. Seperti yang dibincangkan di artikel ini, walaupun aktiviti melombong bitcoin belum lagi mencapai tahap penggunaan elektrik sistem perbankan konvensional, tetapi ianya masih lagi menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Untuk pelombong peribadi pula, kos elektrik ini akan menyebabkan keuntungan daripada melombong bitcoin, turun. Seperti yang dilihat di gambarajah di atas, ASICminer 8 Nano Pro menggunakan tenaga sebanyak 4000-watt untuk beroperasi. Contoh pengiraan operasi elektrik adalah seperti di bawah:

Mesin elektrik loading

4000-watt (atau 4kW)

Kos elektrik

RM0.50 per kWh (untuk memudahkan pengiraan. Kos sebenar adalah sedikit tinggi. Boleh rujuk jadual TNB untuk tariff sebenar.)

Kos elektrik mesin sehari

4kW x RM0.50 x 24 jam = RM48

Kos elektrik mesin sebulan

RM48 x 30 hari =RM1,440

Anggaran pendapatan bitcoin sehari

0.0043 btc sehari

Anggaran pendapatan bitcoin sebulan

0.129 btc sebulan

Harga bitcoin terkini (Jan 2019)

RM 16,000

Anggaran pendapatan sebulan (dalam RM)

0.129 x RM16,000 = RM 2,064

Anggaran keuntungan sebulan

RM 2,064 – RM 1,440 = RM 624 atau 0.039 btc

Return On Investment (ROI)

Kos mesin (40k)/untung (624) = 64 bulan atau 5 tahun+

Seperti yang dilihat, tanpa mengambil kira kos lain seperti sewaan tempat dan internet, melombong dengan mesin berharga RM40,000 hanya akan mendatangkan keuntungan sekitar RM600 atau 0.039btc sebulan, dan boleh mendapat kembali pulangan kos membeli mesin hanya selepas 5 tahun.

3) Kos Lain-Lain

Mesin melombong bitcoin ini bukan sahaja mengeluarkan bunyi yang bising, malah ianya adalah panas dan memerlukan pengudaraan yang cukup untuk mengeluarkan bahang hasil melombong tersebut. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar untuk melombong di rumah sendiri. Bukan sahaja itu, tariff elektrik di kediaman peribadi juga adalah lebih tinggi daripada tariff komersial.

Untuk menjalankan kegiatan perlombongan secara sederhana pula, perlu diambilkira kos pengubahsuaian dan kos naiktaraf elektrik kepada 3 fasa. Kos-kos sebegini pula akan memakan belanja berbelas-ribu ringgit dan akan menyebabkan ROI (return on investment) semakin lambat.

4) Difficulty Adjustment

Difficulty adjustment ini adalah faktor yang paling tidak kelihatan ketika ingin memulakan aktiviti perlombongan sendiri. Apakah itu difficulty adjustment? Untuk bitcoin, algoritma di dalam blockchain bitcoin telah menetapkan bahawa setiap block sepatutnya dapat dilombong dalam masa 10 minit. Sekiranya terdapat banyak pertambahan mesin yang melombong bitcoin, masa untuk mendapat satu block akan kurang daripada 10 minit. Ini akan menyebabkan blockchain bitcoin mengubah “kesusahan” untuk mendapatkan satu block, sehingga masa purata untuk mendapatkan satu block kembali ke 10 minit. Fenomena ini menyebabkan hasil bitcoin harian seseorang pelombong akan berkurangan. 

Sebagai contoh, graf di bawah menunjukkan difficulty adjustment bagi tahun 2018:

Manakala graf di bawah pula menunjukkan harga bitcoin pada tempoh yang sama:

Jika dilihat perbandingan difficulty level dengan harga bitcoin, terdapat kenaikan kegiatan perlombongan dari awal tahun 2018 walaupun harga semakin menurun. Sekitar Oktober/November pula aktiviti melombong menurun seketika kerana harga kos elektrik sudah melebihi harga bitcoin pada ketika itu, seperti yang dilaporkan di dalam portalportal cryptocurrency. Keadaan ini telah menyebabkan ribuan pelombong persendirian terpaksa menggulung tikar sebelum mendapat kembali duit yang telah dilaburkan untuk melombong sendiri.

Bagaimana pula dengan melombong bersama BitClub Network?

Amat mudah. Dengan hanya sekali kos, melombong bitcoin bersama BitClub Network akan berterusan sehingga 1000 hari atau sekiranya memilih untuk repurchase, melombong akan berterusan sehingga bertahun-tahun lamanya. Disini adalah penjelasan mengapa BitClub Network mampu untuk bertahan melombong bitcoin walaupun dalam keadaan harga bitcoin jatuh bawah daripada harga kos:

1) Kos mesin

BitClub Network mempunyai hubungan yang rapat dengan Bitmain, iaitu pengeluar mesin Antminer yang merupakan salah satu mesin berdaya saing di pasaran crypto sekarang ini. Malahan, terdapat staff Bitmain sendiri di pusat pelombongan BitClub Network yang memastikan mesin-mesin yang rosak dapat dibaiki dengan kadar segera. Oleh kerana hubungan rapat ini, BitClub Network boleh membeli mesin melombong dengan harga pukal yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

2) Kos elektrik

BitClub Network beroperasi di Iceland, dimana kos elektriknya amat murah (USD0.02) berbanding dengan harga elektrik purata di dunia (USD0.10). Keadaan ini memungkinkan BitClub Network sentiasa memberi pulangan bitcoin kepada semua pelabur mereka walaupun dalam keadaan harga bitcoin yang amat rendah.

3) Kos lain-lain

Kos sewa kilang tidak lagi menjadi masalah kepada BitClub Network kerana kami mempunyai fasiliti kilang serba lengkap berserta capaian internet yang amat pantas di Iceland. Beroperasi dari tahun 2014, BitClub Network mempunyai sumber kewangan yang kukuh sekiranya ingin mengembangkan lagi operasi melombong bitcoin.

4) Difficulty adjustment

Memandangkan BitClub Network telahpun memiliki mesin-mesin melombong dan melombong dengan kos yang amat murah, difficulty adjustment hanya menyebabkan kadar pendapatan bitcoin harian kepada pelabur turun. Sungguhpun begitu, pelabur tidak perlu gusar kerana bitcoin tetap masuk setiap hari dan tiada keperluan kepada pelabur untuk mencairkan bitcoin mereka untuk membayar sebarang bil elektrik atau kos sewa tempat.

Sebagai kesimpulan, melombong bersama BitClub Network bukan sahaja adalah lebih menguntungkan daripada melombong sendiri, malah disebabkan oleh keadaan kemasukan bitcoin secara harian, untuk jangkamasa panjang, ianya adalah lebih menguntungkan daripada membeli bitcoin secara terus.

– Artikel disumbangkan oleh Lord Apes aka ‘Miner Inshoff”

Untuk menyertai dan mula melombong bitcoin bersama BitClub Network, KLIK SINI

SHARE THIS POST
error: Content is protected !!