BitClub Network memulakan operasi mining sejak Ogos 2014 dan dengan pantas menjadi salah satu di antara 10 pelombong bitcoin terbesar dunia. Ini adalah disebabkan oleh pelan komprehensif pembelian semula secara automatik yang memastikan naiktaraf kepada hardware sedia ada boleh dibuat apabila hardware versi baru berada di pasaran, semuanya tanpa memerlukan dana tambahan daripada ahli yang menyertai. Penaiktarafan hardware adalah merupakan komponen penting yang membolehkan BitClub Network kekal mampan dan menguntungkan dalam perlombongan bitcoin, membolehkan BitClub Network secara konsisten sejak 4 tahun lalu berada di kalangan 10 pelombong bitcoin terbesar dunia.

Global Hashrate Distribution di Blockchain.com

Berikut ialah peratusan hashrate sebenar yang dimiliki oleh BitClub Network seperti direkodkan di blockchain.com/pools

BitClub Network konsisten berada dalam kedudukan 10 teratas dari segi ranking global hashrate distribution.

Prestasi kolam perlombongan Bitcoin sangat telus, dan boleh dengan mudah disahkan di laman web pihak ketiga seperti www.blockchain.com/pools dan www.blocktrail.com/BTC, yang dikemaskini sekali setiap 10 minit kira-kira dengan setiap blok baru disahkan. Ini juga cara yang boleh dipercayai untuk mengesahkan jika komuniti atau pertubuhan benar-benar terlibat dalam perlombongan bitcoin.

Nama BitClub Network disebut di laman berita utama dunia

Secara konsisten berada di kalangan 10 teratas dari segi ranking global hashrate distribution meletakkan BitClub Network sebagai salah satu operasi perlombongan bitcoin terbesar dunia. Tidak seperti kolam perlombongan lain yang mana hashrate disumbangkan oleh pelombong individu dari serata dunia, kolam perlombongan BitClub Network adalah tertutup yang terdiri daripada hashrate yang dihasilkan hanya oleh hardware perlombongan sendiri milik semua ahli komuniti, dan hardware ini diselia oleh pasukan pakar di pusat data canggih di Iceland dan beberapa lokasi strategik di keseluruhan 5 benua.

BitClub Network juga disebut oleh beberapa laman berita utama dunia sebagai salah satu operasi perlombongan bitcoin terbesar dunia, seperti yang diberikan di bawah:

 

CNBC

COIN DANCE

BITCOIN MAGAZINE

Pengiktirafan dari komuniti Bitcoin dunia

BitClub Network secara tahunan  menjadi sponsors dan exhibitor bagi satu persidangan komuniti Bitcoin yang terbesar di dunia. Berikut antara event yang terlibat:

“INSIDE BITCOINS” CONFERENCE, SEOUL 2015

“INSIDE FINTECH” CONFERENCE, SEOUL 2016 & 2017

Banyak lagi pembuktian-pembuktian lain dari pihak ketiga yang membuktikan kewujudan BitClub Network itu sendiri. Yang paling penting kita dapat buktikan bahawa BitClub Network ialah satu nama besar di dalam industri perlombongan bitcoin. Untuk menyertai dan mula melombong bitcoin bersama BitClub Network, KLIK SINI

SHARE THIS POST
error: Content is protected !!