Terdapat banyak dokumentari berkaitan kripto yang dihasilkan di seluruh dunia, tetapi berikut merupakan dokumentari paling bebas, berpengaruh dan terkenal.

1. “The Rise and Rise of Bitcoin” (2014)

Dalam dokumentari ini yang dihasilkan pada 2014 oleh pengaturcara komputer (programmer) menceritakan bagaimana beliau teruja dengan matawang digital Bitcoin, dan melalui penglibatannya di dalam komuniti Bitcoin, beliau berkongsi berkenaan kesan global yang akan berlaku disebabkan oleh teknologi baru yang menakjubkan ini.

TRAILER: “The Rise and Rise of Bitcoin”

2. “Bitcoin The End of Money As We Know It” (2015)

Dokumentari mengisahkan sejarah wang dari masyarakat dunia kuno yang menggunakan sistem barter sehingga ke aktiviti perdagangan Wall Street. Dokumentari ini mendedahkan amalan bank pusat dan pelaku kewangan yang meragukan sehingga membawa dunia ke dalam krisis ekonomi. Ia menekankan pengaruh Kerajaan terhadap proses penciptaan wang dan bagaimana ia menyebabkan inflasi. Selain itu, filem ini menerangkan bagaimana kebanyakan wang yang kita gunakan hari ini dicipta daripada tanpa apa-apa oleh bank apabila mereka membuat hutang. Melalui skop penuh epik, filem ini meneliti corak inovasi teknologi dan mempersoalkan segala yang anda fikir anda tahu tentang wang. Adakah Bitcoin merupakan alternatif kepada mata wang negara yang disokong oleh hutang? Adakah Bitcoin dan matawang kripto akan mencetuskan revolusi dalam bagaimana kita menggunakan wang peer-to-peer?. Adakah ianya keistimewaan buat penjenayah? Atau adakah ia gelembung (bubble) seterusnya yang menunggu untuk pecah?

Sekiranya anda mempercayai wang anda hanya kerana ia dikatakan sebagai wang … filem ini bakal membuka minda dan perspektif baru buat anda.

TRAILER: “Bitcoin The End of Money As We Know It”

3. “Banking on Bitcoin” (2016)

Dokumentari mengenai permulaan bitcoin dan bagaimana ia berkembang sehingga ke hari ini. Filem ini menampilkan wawancara bersama ramai pakar dan pengguna awal bitcoin, termasuk Charlie Shrem, Erik Voorhees, Gavin Andresen, David Chaum, dan si kembar Winklevoss. Dokumentari ini melitupi asas kepada Bitcoin, masa depannya dan teknologi disebaliknya.

TRAILER: “Banking on Bitcoin”

4. “#CRYPTOPIA: Bitcoin, Blockchains & the Future of the Internet” (Akan Datang)

Dokumentari oleh pengarah yang sama dokumentari “Bitcoin The End of Money As We Know It” tentang desentralisasi Internet (web3.0) yang memaparkan ramai pakar #blockchain yang terkemuka. Dokumentari yang dinanti ramai ini dijangka mula diterbitkan pada Mac 2019 ini.

TRAILER: “#CRYPTOPIA: Bitcoin, Blockchains & the Future of the Internet”

Anda boleh tonton/langgan dokumentari penuh tersebut di Amazon atau Netflix. Kami di komuniti BitMoment sangat-sangat yakin dokumentari-dokumentari ini akan membuka minda anda untuk mengenali bitcoin dari perspektif sebagai seorang opportunis sehingga anda setuju bahawa peluang sekali seumur hidup ini mampu mengubah nasib satu keturunan kita.

Ayuh mulakan mengumpul bitcoin hari ini juga dengan menyertai perlombongan bersama BitClub Network. Untuk menyertai dan mula melombong bitcoin bersama BitClub Network, KLIK SINI

SHARE THIS POST
error: Content is protected !!